Djokovic jumpa Nadal di final - Utusan Malaysia

Djokovic jumpa Nadal di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 25 Jan. – Novak Djokovic semakin menghampiri gelaran juara Terbuka Australia buat kali ketujuh selepas mengatasi Lucas Pouille dari Perancis 6-0, 6-2, 6-2, sekali gus menempah pertembungan akhir menentang Rafael Nadal, Ahad ini.

Pemain No. 1 dunia itu menyajikan satu persembahan menarik di Rod Laver Arena selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir pada 2016.

“Ini merupakan salah satu perlawanan terbaik yang pernah saya ada dalam gelanggang ini. Itu sudah pasti. Anda tahu, semua berjalan dengan lancar seperti yang saya bayangkan sebelum perlawanan.

“Sukar bagi Lucas, namun, dia melalui perlawanan yang hebat. Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya untuk mengharungi musim ini,” kata Djokovic yang mencatat 24 kemenangan dan hanya lima kesilapan sendiri.

Djokovic bakal berdepan pilihan kedua, Nadal buat kali ke-53 dan yang kelapan dalam perlawanan akhir Grand Slam.– REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×