MADRID 25 Jan. – Menteri Luar Sepanyol, Josep Borrell menggesa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro untuk mengadakan pilihan raya umum negara itu dengan segera atau memberi laluan kepada ketua pembangkang, Juan Guaido yang ‘mengisytiharkan’ dirinya sebagai Presiden sementara untuk berbuat demikian.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini, secara rasminya mengiktiraf Guaido sebagai Presiden baharu menggantikan Maduro yang didakwa gagal membangunkan Venezuela sehingga menyebabkan krisis ekonomi berlaku. – REUTERS










