Polis kesan empat individu berkaitan kes 1MDB - Utusan Malaysia

Polis kesan empat individu berkaitan kes 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia kini sedang giat mengesan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Keempat-empat individu yang sedang dikesan itu termasuk dua lelaki warga tempatan dan dua wanita yang mana salah seorang ialah merupakan warga Singapura.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, warga Singapura berkenaan ialah Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 55, yang memegang nombor pasport E6121346C dengan alamat terakhirnya ialah di No. 19, Parkstone Road, Singapura. 

“Sementara itu, seorang lagi wanita iaitu warga tempatan yang dicari ialah, Goh Gaik Ewe, 67, yang memegang nombor kad pengenalan 521118-07-5408 dan alamat terkahir yang dikenalpasti adalah di No. 69, Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang.

“Manakala dua lagi lelaki tempatan yang dicari ialah Low Hock Peng, 67 dengan nombor kad pengenalan 520220-71-5059 di mana alamat terakhirnya adalah sama dengan Gaik Ewe iaitu di No. 69, Tanjung Bungah Park, Pulau Pinang. Seorang lagi individu yang dicari ialah Tan Kim Loong, 41, (780213-14-6207),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, alamat terakhir bagi Kim Loong adalah di No, 20 M, Jalan 5/40. Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

Jelas Fuzi, PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu berkenaan untuk tampil untuk membantu dalam siasatan.

“Mereka boleh menghubungi pegawai Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Superintendan Foo Wei Min di talian 03-26101402 atau Deputi Superintendan Albany Hamzah di talian 019-2412826.

“Selain itu, mereka yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman dan mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×