Majlis Rohingya Eropah kesal kanak-kanak pemegang kad UNHCR ditahan Imigresen - Utusan Malaysia

Majlis Rohingya Eropah kesal kanak-kanak pemegang kad UNHCR ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 24 Jan. – Majlis Rohingya Eropah (ERC) kesal dengan penahanan seramai sembilan orang kanak-kanak Rohingya yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam satu operasi Imigresen negeri ini di Ayer Hangat, Langkawi, awal pagi tadi.

TENGKU EMMA ZURIANA
TENGKU EMMA ZURIANA

Difahamkan turut ditahan seorang guru kepada kanak-kanak tersebut.

Duta ERC ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi berkata, semasa operasi sepasukan anggota Imigresen yang memakai preman dan uniform kira-kira pukul 1 pagi itu, kanak-kanak berkenaan tidak diberikan masa untuk menunjukkan kad mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesemua kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 16 tahun itu tinggal sementara di sebuah madrasah.

“Penahanan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan kini trauma dan dalam ketakutan selain menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Menurut Tengku Emma Zuriana, tiada sebab untuk Imigresen menahan kanak-kanak itu dan pihaknya meminta agar mereka dibebaskan segera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×