De Jong pilih Barcelona - Utusan Malaysia

De Jong pilih Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Bintang muda Belanda yang baharu dibeli Barcelona, Frenkie de Jong mendedahkan bahawa dia telah mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebelum membuat keputusan menyertai gergasi Sepanyol­ itu.

Barcelona mengumumkan bahawa mereka berjaya mendapatkan tandatangan pemain sensasi Ajax Ams­terdam itu dengan nilai £65 juta (RM351.28 juta) dengan kontrak selama lima tahun tetapi dia akan kekal di Amsterdam Arena sehingga penghujung musim ini sebelum berhijrah ke Camp Nou.

“Saya gembira, bangga dan lega ke­rana semua spekulasi melibatkan diri saya sudah selesai.

“Saya bercakap dengan PSG sebelum ini. Saya menghubungi Maxwell (Penolong Pengarah Sukan PSG) untuk memberitahu bahawa saya mungkin tidak menyertai mereka dan ejen saya juga telah menghubungi PSG. Saya juga telah bercakap dengan Guardiola mengenai perpindahan ke City.

“Semua pasukan ini akan cuba me­yakinkan (anda) apabila mahu mendapatkan anda. Saya bangga kerana mereka telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan saya.

“Barcelona cuba mendapatkan saya sejak sekian lama. Mereka cuba menandatangani saya sejak tahun lalu,” katanya.

De Jong berjaya membantu Ajax melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan bakal bertemu Real Madrid pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik selepas ini.

Kehadiran De Jong menyaksikan Barcelona berjaya menandatangani tiga pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini selepas berjaya mendapatkan Jeison Murillo dan Kevin Prince-Boateng secara pinjaman sebelum ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×