1,165 ahli baharu terima watikah pelantikan MPPWP - Utusan Malaysia

1,165 ahli baharu terima watikah pelantikan MPPWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Seramai 1,165 orang ahli baharu peringkat zon dan sub zon kawasan Parlimen Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerima watikah pelantikan bagi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) tahun 2019/2020.

Penerimaan watikah pelantikan itu disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam satu majlis yang berlangsung di sini hari ini.

Pelantikan melibatkan 13 zon dan 77 sub zon iaitu 70 sub zon di Parlimen Kuala Lumpur, empat sub zon di Parlimen Putrajaya dan tiga sub  zon di Parlimen Labuan.

Khalid berkata, MPPWP kali ini dianggotai oleh masyarakat setempat yang mempunyai struktur pentadbiran lebih sistematik dan terancang untuk memimpin komuniti sedia ada.

“MPPWP berfungsi sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam merancang serta melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

“Semua program akan dilaksanakan di peringkat akar umbi dengan galakan penyertaan daripada komuniti,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelantikan Watikah Pelantikan MPPWP.

Katanya, pelantikan itu mengambil kira pandangan masyarakat setempat dengan mengetengahkan ahli-ahli baharu yang mempunyai pengalaman luas dan berupaya menggalas tanggungjawab dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×