Keluarga mangsa bunuh desak pencalonan Oscar ditarik - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa bunuh desak pencalonan Oscar ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Jan. – Ibu bapa kepada kanak-kanak malang, James Bulger yang dibunuh dua budak lelaki kira-kira 16 tahun lalu mendesak pengarah, Vincent Lambe menarik pencalonan filem mengenai pembunuhan lelakinya itu dalam Anugerah Oscar.

Kes pembunuhan itu mengejutkan negara kerana Jon Venables dan rakannya, Robert Thompson, yang berusia 10 tahun pada masa itu menculik Bulger, 2, di sebuah pusat membeli-belah di Liverpool, England.

Mayat kanak-kanak lelaki itu dijumpai dua hari kemudian berdekatan dengan landasan kereta api.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut, Denise Fergus dan Ralph Bulger mengkritik keputusan untuk menyenaraikan filem pendek, ‘Detainment’ yang dibuat berdasarkan temu bual polis dan pembunuh anak mereka mendapat pencalonan Oscar.

Penganjur anugerah berkenaan pada kelmarin telah mengumumkan Detainment telah disenari pendek bagi kategori Filem Pendek Aksi Terbaik.

Petisyen menuntut filem berkenaan dilarang menyertai anugerah tersebut telah berjaya mengumpul hampir 115,000 tandatangan berjaya dikumpul sehingga petang ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×