Daulat tuanku - Perkasa - Utusan Malaysia

Daulat tuanku – Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ketua Penerangannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, Perkasa berasa amat bertuah dan bangga dengan pelantikan tersebut serta bersedia untuk memperbaharui ikrar mempertahankan institusi raja berperlembagaan.

“Baginda seorang raja yang diibaratkan telah jauh berjalan dan luas pengalaman serta telah menerima pelbagai disiplin pendidikan sama ada dari institusi pendidikan dalam mahupun luar negara dalam memperlengkapkan diri menjadi seorang raja.

“Dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh yang dianugerahi Allah SWT, rakyat Malaysia akan terus bersatu, makmur, maju dan aman damai dengan agama Islam selaku agama Persekutuan mengambil tempat yang selayaknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nasrul Ali Hasan menambah, Perkasa juga gembira dengan pelantikan semula Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam masa sama, katanya, Perkasa mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada Sultan Muhammad V atas khidmat baginda yang cemerlang sepanjang bergelar Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×