13 barang kawalan harga sempen Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

13 barang kawalan harga sempen Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan 13 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh kuat kuasa SKHMP dijalankan selama 10 hari bermula 30 Januari hingga 8 Februari depan iaitu enam hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

Jelasnya, barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar, babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak)

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penentuan harga maksimum pengeluar, pemborong dan peruncit dibuat mengikut kewajaran serta kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan.

“Tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan terhadap pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Penentuan Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal SKHMP Tahun Baru Cina 2019 di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Saifuddin, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan dibawah skim tersebut.

Ujarnya, penentuan harga barangan bagi negeri dilakukan mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga terutamanya barangan import yang dipengaruhi harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×