Siasatan 1MDB dijangka selesai Mac ini - Utusan Malaysia

Siasatan 1MDB dijangka selesai Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melengkapkan kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini dalam usaha melengkapkan semua kertas siasatan membabitkan kes 1MDB untuk diserahkan kepada pejabat peguam negara.

“Siasatan berhubung 1MDB dibuat secara berterusan dan kita jangkakan siasatan itu akan selesai pada Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa kertas siasatan yang lengkap sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) dan tindakan lanjut dibuat berdasaekan arahan yang kita terima daripada DPP,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Rondaan Cegah Jenayah melibatkan pelatih dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur bersama Ketua Polis Negara di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Mengulas mengenai serbuan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di firma guaman Rahmat Lim & Partners untuk mencari dokumen yang dikaitkan dengan 1MDB, Fuzi menegaskan perkara tersebut bukannya sesuatu yang ganjil asalkan ia mengikut lunas undang-undang.

“Siasatan 1MDB ini sentiasa berjalan sekiranya ada serbuan dibuat, itu untuk membantu siasatan kita,” ujarnya.

Terdahulu, sepasukan polis JSJK Bukit Aman menyerbu sebuah firma guaman di Mid Valley City pada pukul 10 pagi, bagi mencari dokumen berkaitan tiga bon 1MDB yang dikendalikan oleh Goldman Sachs selepas mereka memperoleh perintah mahkamah untuk berbuat demikian.

Rahmat Lim & Partners dilaporkan firma guaman yang mewakili gergasi perbankan pelaburan AS itu semasa terbitan bon 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 berjumlah AS $ 6.5 bilion. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×