Sultan Johor ucap tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong baharu - Utusan Malaysia

Sultan Johor ucap tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Jan. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah atas pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong,” demikian menurut ucapan yang dimuat naik dalam Facebook berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian ketika ditemui pemberita di sini hari ini, turut menzahirkan sembah tahniah kepada Al-Sultan Abdullah di atas pemilihan itu dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya sebagai ketua kerajaan negeri mewakili kerajaan negeri dan rakyat Johor Darul Ta’zim mengucapkan sembah tahniah kepada Sultan Pahang dan Sultan Perak atas pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×