Lelaki hina tugas anggota bomba tetap dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Lelaki hina tugas anggota bomba tetap dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL 24 Jan. – Lelaki yang bertindak mengeluarkan komen menghina tugas anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) kereta SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang tetap akan diambil tindakan walaupun telah memohon maaf.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Saadon Moktar berkata, tindakan terhadap lelaki berkenaan boleh diambil di bawah Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kata beliau, pihaknya menerima permohonan maaf lelaki tersebut walaupun tindakan tetap diambil terhadapnya.

“Buat masa ini kita tangguhkan dahulu (tindakan undang-undang di bawah Akta 341) kerana individu tersebut turut disiasat dibawah undang-undang pihak polis.

“Kita tidak mahu dia dikenakan dua tindakan serentak dan masih mempunyai budi bicara,” katanya di sini hari ini.

Isnin lalu, seorang lelaki mencetuskan kemarahan netizen selepas melemparkan komen di laman sosial memperlekehkan tugas anggota bomba yang bertugas ketika misi SAR kereta SUV Mazda-CX5.

Lelaki itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Georgetown. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×