KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu bergambar bersama selepas selesai Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (empat, kiri) bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. – Bernama










