Adik bongsu presiden Singapura sokong pemimpin pembangkang - Utusan Malaysia

Adik bongsu presiden Singapura sokong pemimpin pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 24 Jan. – Adik bongsu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan ‘kepala’ Parti Progess Singapura yang baharu ditubuhkan menjelang pilihan raya umum republik itu akan menjadi ‘pemimpin yang paling layak untuk Singapura’.

Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Lee Hsien Yang menyatakan keyakinannya terhadap kebolehan Cheng Bock untuk ‘membentuk’ ahli Parlimen masa depan yang dapat berkhidmat kepada negara dan rakyat, tanpa mendahului parti atau diri sendiri.

“Ini adalah sesuatu yang baik untuk masa depan Singapura. Tan Cheng Bock adalah seorang pemimpin yang diperlukan oleh Singapura,” katanya.

Hsein Yang membuat kenyataan itu di tengah-tengah konflik keluarga berhubung rumah peninggalan bapa mereka, Lee Kuan Yew di Oxley Road, Singapura. REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×