Penolong pegawai tadbir USM ditahan reman - Utusan Malaysia

Penolong pegawai tadbir USM ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Jan. – Seorang penolong pegawai tadbir di Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes salah guna kuasa melibatkan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM140,000.

Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi.

Menurut sumber, wanita berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari di Pejabat SPRM negeri ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati suspek telah menggunakan kedudukannya dengan mencadangkan syarikat milik sendiri bagi kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di pusat sukan dan rekreasi universiti tersebut bagi tempoh 2013 sehingga 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×