Anwar bidas Najib tak tunjuk rasa bersalah - Utusan Malaysia

Anwar bidas Najib tak tunjuk rasa bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 24 Jan. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands tanpa sedikit pun rasa bersalah setelah merosakkan imej negara.

Menurutnya, Najib harus menerima kenyataan bahawa beliau telah membawa satu kerosakan imej dan ekonomi negara paling besar dalam sejarah dan diketahui seluruh dunia.

Katanya, begitu pun tanpa rasa bersalah, Najib datang berkempen di sini dan melaungkan diri sebagai pemimpin yang hebat.

“Najib mesti tergerak hati nurani, apakah kamu ingat kes 1MDB itu salah orang lain? Kamu tak mengaku RM34 bilion hilang, wang siapa? Itu wang rakyat.

“Saya tidak setuju Najib datang seolah-olah tidak apa-apa salah. Betul mahkamah belum jatuhkan hukuman salah tapi siapa boleh nafi wang RM2.6 bilion derma masuk akuan peribadi. Saya tak mahu sentuh sangat mengenai Najib, biar dia jawab di mahkamah tapi seolah-olah semua salah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana di Tanah Rata di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×