PH musuh utama Pas, BN - Utusan Malaysia

PH musuh utama Pas, BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 23 Jan. – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh menggesa penyokong dan ahli parti itu menggunakan pertimbangan rasional untuk me­ngundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor Sabtu ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, perkara itu kini sudah jelas dan kedua-dua parti,

Memuatkan artikel berkaitan…
NIK MOHAMAD ABDUH
NIK MOHAMAD ABDUH 

Pas serta BN perlu bersatu dengan melupakan bibit permusuhan satu ketika dahulu demi menentang PH.

“Dulu, memanglah BN dan UMNO musuh kita. Tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kita sudah nampak siapa lawan dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.

“Pas yakin dengan kebijaksa­naan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan dan mengundi calon terbaik. Ahli Pas tahu dengan kewajipan me­ngundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara kerana PH masih gagal menunaikan janji,” katanya ketika ber­ucap dalam program ceramah bersama Pas dan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abd. Jabar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×