Pasukan ‘negeri’ Liga Super 2019 makin luar biasa - Shukor - Utusan Malaysia

Pasukan ‘negeri’ Liga Super 2019 makin luar biasa – Shukor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kapten Melaka United (MU), Muhammad Shukor Adan percaya saingan sengit bakal berlaku bagi pasukan berstatus negeri dalam misi merebut kejuaraan Liga Super 2019.

Pekara tersebut diluahkan selepas sebahagian besar pasukan kini membuat persiapan rapi termasuk mengadakan latihan pramusim di luar negara dan mengambil tenaga import yang berkualiti tinggi.

Bekas pemain Felda United tersebut percaya perebutan takhta Liga Super akan berlaku dengan lebih sengit jika dibandingkan musim 2018.

“Kita dapat lihat pasukan negeri antaranya Terengganu FC I, Johor Darul Ta’zim, Selangor malah MU sibuk menguruskan persediaan terbaik dengan mengadakan latihan serta perlawanan persahabatan di luar negara bagi menghadapi musim baharu.

“Biarpun sebahagian besar pasukan-pasukan ini sebenarnya berusaha untuk mengurangkan kos dengan menghadkan dana pada musim ini tetapi mereka masih berupaya menyediakan persiapan terbaik untuk pasukan masing-masing.

“Saya fikir musim baharu ini akan menjadi titik kebangkitan pasukan-pasukan negeri dan Pahang sendiri membawa pulang bekas pemainnya, Dickson Nwakaeme. Ia menunjukkan mereka juga serius untuk merebut kejuaraan musim 2019.

“Jadi saya fikir persaingan kali ini akan menjadi lebih sengit jika dibandingkan musim lalu,” katanya semalam.

Sementara itu, pemain berusia 40 tahun tersebut mengakui terharu selepas diberikan penghormatan menjadi kapten MU biarpun baharu menyertai pasukan Disember lalu.

“Secara peribadi, saya menganggap kehadiran Safiq, Razman, Khairul Fahmi dan pemain-pemain yang memiliki pengalaman menjadi kapten akan dapat membantu membentuk persefahaman pasukan dengan lebih baik,” tambahnya.

Melaka yang menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh musim lalu, memulakan aksi menentang MIFA di Stadium Hang Jebat, Melaka (2 Februari) dan bertemu PKNS di Stadium Shah Alam pada 9 Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×