Risiko terkena renjatan - Utusan Malaysia

Risiko terkena renjatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 22 Jan. – Masalah liputan talian komunikasi khususnya di kawasan perkampu­ngan Orang Asli di Parlimen Ca­meron Highlands sememang­nya menjadi bualan malah menjadi keluhan orang luar dan pe­tugas dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen tersebut.

Ketiadaan liputan yang di­ala­mi masyarakat itu sejak se­kian lama ternyata turut mem­beri kesan bahaya kepada masyarakat setempat apabila seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun melecur hampir 70 peratus akibat terkena renjatan elektrik selepas mengikuti bapanya ‘mencari’ ta­lian komunikasi.

Dalam kejadian 3 Januari lalu itu, mangsa dikatakan mengikut bapanya yang bergegas ke Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Kampung Sentol untuk menelefon adiknya yang dima­sukkan ke Hospital Bentong.

Namun ketika bapanya sedang menelefon di kawasan itu yang menjadi kawasan tum­puan penduduk kerana mempu­nyai liputan talian, mangsa telah ma­­suk ke kawasan PPU sebelum terkena renjatan.

Ketua Kampung Sentol, Ha­run Lingwar berkata, meskipun mengetahui risiko di kawasan itu penduduk tiada pilihan kera­na di kawasan itu sahaja mempunyai liputan talian telefon.

“Apa lagi pilihan kami, di kawasan ini (PPU) sahaja ada talian telefon dan penduduk ter­masuk kanak-kanak boleh di­katakan 24 jam berada di sini.

“Jadi kami mohon supaya ke­rajaan melihat permasalahan tal­ian telefon yang kritikal di sini sejak sekian lama, kami juga tidak mahu terpinggir dalam kemajuan negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Pegerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman bersama pihak TNB telah melakukan tinjauan dan ker­ja membina pagar konkrit te­lah dilakukan di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Ajit Kotep, 60, berkata, kejadian renjatan elektrik yang menimpa cucunya itu merupakan kes pertama yang berlaku di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×