PARIS 22 Jan.- Pemain yang baharu menyertai kelab Cardiff City, Emiliano Sala adalah antara penumpang dalam pesawat ringan yang dilaporkan hilang di selat Inggeris, semalam.
Perkara itu disahkan anggota keselamatan Perancis.
Pengawal pantai Britain dan Perancis meneruskan operasi pencarian di pulau Guernsey pagi tadi selepas pesawat tersebut hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Nantes, Perancis ke Cardiff.- REUTERS










