Zverev lega hempas raket - Utusan Malaysia

Zverev lega hempas raket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 21 Jan. – Pilihan keempat, Alexander Zverev tersingkir mengejut pada pusingan keempat tenis Terbuka Australia hari ini, namun dia me­ngakui lega kerana dapat menghempas raketnya untuk meluahkan kekecewaan.

Zverev, 21, menghempaskan raket di atas gelanggang sejurus selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan ke-16, Miloas Raonic dari Kanada 1-6, 1-6, 6-7 (5/7).

“Ya, ia membuatkan saya rasa le­bih bagus. Saya sangat marah, jadi saya melepaskan kemarahan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya, apakah dia pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini, bintang muda Jerman itu menjawab: “Kamu tidak pernah menonton perlawanan saya sebelum ini? Lebih baik kamu tonton”.

Sementara itu, dalam saingan wa­nita, juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Naomi Osaka dari Jepun mara ke suku akhir selepas mengetepikan Anastasija Sevastova dari Latvia 4-6, 6-3, 6-4.

Turut mara pilihan keenam, Elina Svitolina dari Ukraine yang menum­paskan bintang AS, Madison Keys 6-2, 1-6, 6-1 manakala pilihan ketujuh dari Republik Czech, Karolina Pliskova mengecewakan Garbine Muguruza 6-3, 6-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×