Kesian Azmin Ali: Surat terbuka daripada Rafizi Ramli - Utusan Malaysia

Kesian Azmin Ali: Surat terbuka daripada Rafizi Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Perselisihan antara Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali terus berlarutan apabila bekas Ahli Parlimen Pandan itu berterusan mengkritik Menteri Ekonomi.

Terbaru Rafizi dalam surat terbukanya kepada Azmin mengkritik tindakan Azmin yang dikatakan terlalu melobi untuk masa depan politiknya hingga tida ada masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan ekonomi negara termasuk isu Felda.

Berikut adalah surat terbuka Rafizi itu yang bertajuk Warkah Terbuka Dari Rafizi Ramli, Kesian Azmin Ali:

Dia tidak mempunyai masa untuk bertemu peneroka FELDA.

Dia tidak mempunyai masa untuk { mencuri } mengagih-agihkan RM77 juta yang telah diluluskan oleh Lim Guan Eng sebagai peruntukkan untuk peneroka yang diluluskan pada 20 Disember 2018.

Dan pastinya dia tidak mempunyai masa untuk merancang ekonomi negara juga.

Dia tidak mempunyai masa untuk merancang masa depan Malaysia kerana dia terlalu sibuk merancang masa depannya sendiri.

Beliau terlalu teramat-amat sibuk bertemu dengan Kerabat Di Raja Johor.

Beliau juga terlalu sibuk bertemu dengan Kerabat Di Raja Pahang.

Jangan lupa, terlalu sibuk bertemu dengan Kerabat Di Raja nun di Kota London.

Beliau juga terlalu sibuk bertemu menteri-menteri kabinet di negara kelahirannya iaitu, mana lagi kalau bukan Singapura.

Dan pastinya dia terlalu sibuk merancang dan mengarahkan Leftenannya yang bernama Zuraida untuk membuat kenyataan menyerang Presidennya sendiri, Anwar Ibrahim.

Dia terlalu sibuk dengan segala-galanya aktiviti kepentingan peribadi kecuali melakukan tugas rasminya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Orang ramai yang tidak sukakan Anwar bimbang dan mengkritik Anwar kononnya tergesa-gesa nak jadi Perdana Menteri.

Nampaknya kebimbangan orang ramai itu salah, mereka seharusnya lebih bimbang dengan sikap tergesa-gesa ahli KEADILAN yang satu ini.

Kritikan semakin meningkat. Malah Tun Mahathir merasa kurang senang.

Dia tidak mahu legasinya tercemar dengan ekonomi yang buruk dan merudum. Tun Mahathir adalah seorang ketua yang pentingkan tanggungjawab dan hasil yang baik lagi positif.

Dan sekarang Tun Mahathir mula memahami bahawa Azmin ini hanya pandai bercakap atau cakap tak serupa bikin.

Seperti saya, ahli Kartel yang lain mula menyedari bahawa dengan Azmin yang diamanahkan menguruskan ekonomi akan menyebabkan ekonomi negara lingkup.

Jika sekiranya ini berterusan dan tiada pembaikan, pastinya PH akan hilang kuasa kerana rakyat tidak akan mampu lagi membeli makanan dan siapa harus dipersalahkan?

Sebab itu Baru Bian yang cukup setia dan Xavier Jayakumar telah bertukar kem.

Sebab itu jugalah Edmund Santhara dan juga Afif Bahardin diam-diam merangkak kembali untuk memohon pengampunan atas kesilapan sokongan mereka selama ini.

Jadi apa agaknya langkah Azmin Ali seterusnya?

Terlalu banyak kritikan mengenai beliau dan FELDA yang berjaya dikesampingkan selama ini.

Kita tunggu apakah kenyataan dan tai-chi beliau mengenai FELDA dan bagaimana dia akan membersihkan aibnya.

Itulah wayang kulit tahap tertinggi menunjukkan bahawa seseorang tidak melakukan tanggungjawab dan tugasnya sebagai seorang menteri, dan dia pastinya akan menyedari satu hari nanti, sama ada dia suka atau tidak, yang dia harus melakukan sesuatu.

Kesian Azmin Ali.

Seperti kita semua, dia seharusnya mengutamakan tugasnya melaksanakan tanggungjawab rasminya.

Sebaliknya hanya agenda peribadi saja yang kini jadi keutamaannya. Memastikan Anwar digagalkan buat kali kedua dan dirinya sendiri mendapat ‘laba’ hasil memijak ‘bos’ sendiri yang kononnya ‘setia’ hingga mencecah 20 tahun lamanya.

Rafizi Ramli

17 Januari 2019

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×