Ozil bakal nikahi ratu cantik Turki - Utusan Malaysia

Ozil bakal nikahi ratu cantik Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Jan. – Bos Arsenal, Unai Emery enggan menafikan bahawa Mesut Ozil akan meninggalkan kelab itu, Januari ini. Warga Sepanyol itu, bagaimanapun, mengesahkan pemain tengah berusia 30 tahun tersebut akan berkahwin tahun ini dengan bekas ratu cantik Turki, Amine Gulse.

Emery menafikan bahawa dia memberikan layanan berbeza terhadap pemain bintangnya itu berbanding pemain lain, dan sebaliknya mendedahkan Ozil dan teman wanitanya, Gulse yang berusia 25 tahun iaitu bekas ratu cantik Turki 2014, akan mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini.

“Ya, saya ada bercakap dengannya pada musim panas lalu dan berkata dia akan berkahwin tahun ini, kalau tidak silap saya sebaik musim berakhir.

“Tetapi itu kehidupan peribadinya. Saya juga ada ada memberitahu kepadanya saya mahukan prestasi yang konsisten.

“Saya suka mewujudkan semangat yang sama untuk semua, dan semangat itu dimiliki semua pemain pada ketika mereka mempamerkan persembahan, tetapi ia bukan mudah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×