Irfan tampil perjelas situasi - Utusan Malaysia

Irfan tampil perjelas situasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin, 24, tampil menjelaskan kemelut antara dirinya dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung luahan rasa tidak pasti yang dilemparkan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin.

Pemegang rekod kebangsaan dan pemenang tiga pingat emas Sukan SEA itu menjawab kenyataan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berhubung permohonan program latihannya di Eropah dan calon jurulatih baharu dari Republik Czech, Imrich Bugar bagi menggantikan jurulatih lamanya, Frantisek Petrovic yang ditamatkan kontrak.

Menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya sebentar tadi, Irfan menganggap luahan awalnya kelmarin disalah tafsirkan memandangkan dia mempunyai alasan tersendiri terhadap setiap perancangan tersebut.

Irfan mengakui terpaksa menggunakan media sosial sebagai platform untuk meluahkan situasi yang dihadapinya dalam usaha menyelamatkan masa depan kariernya kerana kesuntukan masa untuk mempersiapkan diri menghadapi banyak kejohanan besar tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×