Syarikat logistik, ejen penghantaran mengaku tidak bersalah import rokok putih - Utusan Malaysia

Syarikat logistik, ejen penghantaran mengaku tidak bersalah import rokok putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 17 Jan.- Sebuah syarikat logistik dan seorang ejen penghantaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan terlibat dalam mengimport barang-barang larangan di bawah Perintah Kastam.

Syarikat Orbit Link Logistics (M) Sdn. Bhd. yang diwakili salah seorang pengarah syarikatnya bergelar Datuk dan ejen penghantaran tertuduh, Chia Mong Seng, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Majistret Muhammad Azzam Zainal Abidin.


Mengikut pertuduhan, Orbit Link Logistics didakwa mengimport barang-barang larangan iaitu rokok jenis John D Blend, Canyon merah dan hijau sebanyak 509,000 paket dianggarkan bernilai RM814,400 yang mana kesemua barangan itu merupakan yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.


Bagi kesalahan tersebut, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah lapangan pemeriksaan kontena penguatkuasaan CT 1, Pelabuhan Utara kira -kira pukul 12.45 tengah hari, 4 Januari lalu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×