SKMM pantau kandungan media sosial berkaitan institusi raja dalam media sosial - Utusan Malaysia

SKMM pantau kandungan media sosial berkaitan institusi raja dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau kandungan dan maklumat yang disebarkan dalam media sosial terhadap institusi raja di negara ini khususnya menjelang pemilihan dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, SKMM akan memantau komen dan kritikan dalam media sosial terhadap institusi raja.

“Kita mempunyai sistem pemantauan dalam SKMM. Apabila laporan dibuat, maka siasatan akan dijalankan. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusan akan dibuat nanti.

“Saya berpendirian agar semua pengguna (media sosial) perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung komen-komen terhadap institusi raja dalam  media sosial khususnya menjelang pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 24 Januari serta acara mengangkat sumpah kedua-dua jawatan itu pada 31 Jan ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×