NGO dinasihat bincang dengan Kementerian Luar untuk misi kemanusiaan di Yaman - Utusan Malaysia

NGO dinasihat bincang dengan Kementerian Luar untuk misi kemanusiaan di Yaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menasihati badan bukan kerajaan (NGO) tempatan supaya berbincang dahulu dengan pihak Kementerian Luar Negeri sebelum membuat misi kemanusiaan di Yaman.

Mohamad berkata, NGO yang ingin menghantar bantuan kemanusiaan ke Yaman haruslah menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Yaman bagi mengetahui situasi terkini di negara berkenaan.

“Seperti yang kita tahu, negara berkenaan sedang bergolak maka sebarang bantuan yang hendak dihantar ke sana (Yaman) agak sukar kerana sempadan di sebelah Yaman adalah laut manakala sebelah  lagi adalah negara yang sedang berperang,” katanya kepada Bernama di sini.

Agensi berita Xinhua baru-baru ini melaporkan jurucakap PBB sebagai berkata, rundingan antara pihak bertelagah di Yaman adalah bagi membolehkan akses bantuan kemanusiaan.

Sebelum ini pegawai PBB memberi amaran penduduk Yaman kini di ambang kebuluran. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×