Anak gajah mati angkara pemburu kejam - Utusan Malaysia

Anak gajah mati angkara pemburu kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAYONG, Thailand – Seekor anak gajah berumur satu bulan yang diselamatkan daripada pemburu haram akhirnya mati selepas ia pengsan secara tiba-tiba di sini baru-baru ini.

Mamalia yang dinamakan sebagai Baitong itu ditemui oleh penduduk kampung pada bulan lalu, ditambat kuat pada pagar dawai di sebuah hutan di Thailand. Ia berada dalam keadaan lemah hingga tidak mampu berdiri sendiri.

Ikatan kuat itu menyebabkan tali berkenaan memotong daging kaki kiri hadapan hingga ke bahagian tulang. Doktor veterinar terpaksa memotong kaki yang cedera itu kerana dikhuatiri dijangkiti kuman dan untuk menyelamatkan nyawa Baitong.

Selepas beberapa hari menunjukkan perkembangan kesihatan positif, Baitong pengsan dan mati. Siasatan mendapati tahap oksigen dalam darah gajah itu amat rendah dan ubat yang diberikan gagal memberi kesan.

Tiada maklumat didedahkan berapa lama Baitong ditambat tanpa makan di hutan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×