Johor catat kes bunuh terendah - Utusan Malaysia

Johor catat kes bunuh terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Jan. – Hanya 43 kes bunuh dicatatkan sepanjang tahun lalu di negeri ini dan jumlah tersebut paling rendah berbeza dengan negeri lain.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, statistik itu amat positif jika dibandingkan dengan populasi negeri ini dan perkembangannya yang rancak dengan pembangunan.

“Kebanyakannya kes melibatkan warganegara asing dan kita dapat selesaikan semua kes-kes bunuh tersebut,” katanya ketika berucap dalam Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) negeri, Mohd. Shaman Jaes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×