PM hadiri ICEA ketiga di Senegal - Utusan Malaysia

PM hadiri ICEA ketiga di Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Antarabangsa mengenai Kemunculan Afrika (ICEA) kali ketiga di Dakar, Senegal, pada Khamis.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata, ini merupakan penampilan  pertama Perdana Menteri Malaysia pada  ICEA sejak persidangan itu diadakan pada 2015. 

Bertemakan ‘Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangkuman’, ICEA 2019 akan memberi tumpuan kepada mempromosi serta memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam pelan kemunculan Afrika, menurut kenyataan itu.

Mahathir akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, di samping pegawai kanan kerajaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Wisma Putra berkata kemuncak kehadiran perdana menteri pada ICEA ketiga adalah Perbincangan Panel Peringkat Tertinggi yang akan berlangsung selepas majlis perasmian  ICEA pada Khamis.

Wisma Putra berkata, sesi itu, yang akan turut disertai Presiden masing-masing dari Burkina Faso, Cte d’Ivoire, Kenya, Mali, Rwanda dan Senegal, akan memberi peluang kepada Mahathir untuk mengetengahkan kejayaan perkongsian awam-swasta di Malaysia.

“Sebagai tambahan, Perdana Menteri akan turut berkongsi idea dan wawasan Malaysia berkaitan perkongsian ekonomi serta perdagangan antara Malaysia dan negara Afrika yang memuncul,” jelas kenyataan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×