Kes jenayah penjawat awam menurun - Utusan Malaysia

Kes jenayah penjawat awam menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Jan. – Laporan kes-kes jenayah melibatkan penjawat awam di negeri ini dalam tempoh tiga tahun ini semakin menunjukkan penurunan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, berdasarkan statistik dari 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018, berlaku penurunan pada setiap tahun.

Beliau memberitahu, sebanyak 148 kes berlaku sepanjang tempoh itu dan daripada jumlah tersebut, 58 kes berlaku pada 2016, 48 kes (2017) dan 42 kes (2018).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang tempoh tiga tahun itu, jenayah kekerasan melibatkan 61 kes adalah yang tertinggi disebabkan gagal mengawal perasaan dan bertindak tanpa mengikut undang-undang.

“Ini diikuti dengan jenayah seksual akibat terpengaruh dengan bahan-bahan lucah dan gagal mengawal nafsu. Jenayah harta benda pula berjumlah 24 kes, ini berpunca daripada masalah kekangan kewangan dan kegagalan menyelia perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) negeri, Mohd. Shaman Jaes.

Mohd. Khalil Kader berkata, jenayah ugutan dan masalah disiplin pula melibatkan 32 kes akibat daripada perbuatan membalas dendam dan cuba menakutkan saingan kerja.

Jelasnya, jenayah keganasan rumahtangga hanya enam kes yang disebabkan gagal mengurus perkahwinan dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN