MELAKA – Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini disyaki telah melaburkan wang biasiswa yang diselewengkan untuk bermain judi online, membeli barangan mewah dan melancong ke luar negara.
Sumber berkata, siasatan mendapati suspek berusia 31 tahun tersebut telah memperuntukkan RM1.2 juta daripada keseluruhan RM2.5 juta yang diselewengkan untuk bertaruh secara online.
Katanya, siasatan juga kini tertumpu kepada kemungkinan suspek turut terlibat dengan kegiatan pemalsuan dokumen termasuk wang kutipan tabung untuk kegunaan pelajar asnaf.
“Siasatan lebih menjurus kepada bagaimana suspek boleh memperoleh wang kutipan tabung asnaf yang sepatutnya digunakan oleh pelajar miskin atau berkelayakan.
“Wang biasiswa yang disediakan oleh agensi itu diterima daripada dua saluran iaitu daripada kerajaan negeri dan daripada Majlis Agama Islam Melaka termasuk untuk kegunaan pelajar asnaf,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










