Aminuddin kini bergelar Datuk Seri - Utusan Malaysia

Aminuddin kini bergelar Datuk Seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH 14 Jan. – Yang Dipertuan Besar Ne­geri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menganugerahkan Dar­jah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) kepada Menteri Besar, Aminuddin Harun yang membawa gelaran Datuk Seri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Pengarah Cawa­ngan Khas Polis Diraja Ma­laysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador.

Majlis penganugerahan itu yang berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini

ABDUL HAMID BADOR
ABDUL HAMID BADOR 

sempena sambutan Hari Kepute­raan baginda ke-71 hari ini.

Selain itu, tiga orang menerima Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan, Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (16), Darjah Setia Negeri Sembilan (sembilan), Darjah Tuanku Muhriz (lima).

Terdahulu, Tuanku Muhriz yang diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud tiba di Padang Besar Seri Menanti di sini pada kira-kira 8.40 pagi untuk Istiadat Kawalan Kehormat.

Baginda memeriksa pasukan kawalan kehormat yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari 71 Rejmen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat, Kem Perdana Sungai Besi yang diketuai Mejar Zahrul Izwady Zahudin.

Sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz tahun ini, seramai 340 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN