Petronas beri peringatan kepada #TeamSaddiq - Utusan Malaysia

Petronas beri peringatan kepada #TeamSaddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini memberi peringatan kepada pemilik akaun Twitter, #TeamSaddiq kerana mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit di salah sebuah rangkaian stesen minyak milik syarikat itu.

Syarikat itu melalui hantaran dalam Twitter memberi peringatan tersebut demi keselamatan semua pihak selain  memastikan peralatan yang digunakan tidak mencetuskan kebakaran dan jarak mengambil gambar selamat.

“Terima kasih singgah stesen Petronas!. Walaubagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya. Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin!

“Keselamatan adalah keutamaan kami untuk kesejahteraan semua. Peringatan harus diberi demi keselamatan,” jelasnya.

Hantaran Petronas itu bagi mengulas tindakan pemilik akaun #TeamSaddiq merakamkan  foto yang dikongsikan dalam laman Twitter dengan memaparkan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang bersandar di kereta miliknya sambil mengisi minyak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×