Bawa bekalan air ketum 
naik bas - Utusan Malaysia

Bawa bekalan air ketum 
naik bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 14 Jan. – Ketagihan melam­pau yang menyebabkan dua penumpang bas ekspres sanggup membawa bekalan dua botol air ketum dipercayai untuk diminum semasa dalam perjalanan telah ditahan dalam Operasi Bersepadu di sini awal pagi semalam.

Operasi yang diadakan di Stesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Timbang, Tanah Putih, di sini turut menahan lapan lagi penumpang bas yang didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Superintenden S. Markandan berkata, penumpang bas yang ditahan itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Katanya, mereka kemudiannya dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan lanjut

“Operasi bersepadu bersama JPJ yang diadakan bermula pukul 3 petang dan tamat pukul 3 pagi ini bukan sahaja untuk pemeriksaan ke atas kenderaan ringan dan berat tetapi juga pemandu serta penumpang bas ekspres.

“Kita juga memeriksa lebih 600 kenderaan termasuk 35 bas ekspres dalam tempoh 12 jam itu dan daripada jumlah itu sebanyak 116 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada selepas tamat operasi itu.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin.

Markandan berkata, operasi ber­kenaan juga lebih kepada penguatkuasaan trafik kerana sasaran kepada pemandu kendera­an berat seperti bas dan lori.

Katanya, bahagian narkotik dan jenayah juga mengambil tugas sama untuk memastikan pemandu lori, bas dan penumpang bebas pengaruh dadah serta jenayah.

“Kita juga menyita tujuh kenderaan atas kesalahan tamat lesen kenderaan itu dan tidak memiliki lesen memandu yang sah. Selain itu, pihak JPJ mengeluarkan saman ke atas kesalahan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×