Telefon pintar Oppo A71 kembali lagi dengan ruang penyimpanan yang lebih besar untuk meningkatkan keseronokan pengalaman pengguna menerusi penambahbaikan penyimpanan peranti untuk operasi yang lebih pantas.
Dengan harga RM699, telefon pintar tersebut menawarkan ruang penyimpanan sebanyak 32GB (ROM) sambil mengekalkan 3GB RAM.
Terdahulu, Oppo A71 mula dilancarkan sebelum ini dengan ruang penyimpanan 3GB + 16GB ROM dan mendapat sambutan baik daripada pengguna tempatan
Dengan mod bokeh terbina dalam untuk kamera hadapan 5 megapiksel (MP), lensa kamera yang ditetapkan akan membuat fokus subjek tertumpu dan tajam dan kabur di belakang membolehkan pengguna berswafoto di mana sahaja dengan lebih menarik.
Sementara itu, Digi juga telah menyediakan pelan bungkusan bagi model baharu yang membolehkan pengguna mendapatkan telefon pada harga RM299 dengan menandatangani pelan telefon Digi Postpaid 58.-INTAN SUHANA CHE OMAR
SPESIFIKASI
Dimensi : 148.1 x 73.8 x 7.6 mm
Berat : 137 g (4.83 oz)
Binaan : Kaca hadapan, Badan aluminium
SIM : Dual SIM (Nano-SIM)
Paparan : IPS LCD skrin sesentuh, 16M warna.
Saiz : 5.2 inci.
Resolusi : 720 x 1280 piksel, 16:9 ratio
Platform : OS Android 7.1 (Nougat)
Chipset : Qualcomm SDM450 Snapdragon 450
Prosessor : Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53
GPU : Adreno 506
Kad memori : MicroSD, sehingga 256 GB (slot terpilih )
Simpanan : 16 GB, 2 GB RAM atau 3 GB RAM
Kamera : 13 MP, autofokus, diod pemancar cahaya (LED)
Ciri-ciri : Geotagging, fokus sesentuh, pengecaman wajah, HDR, panorama
Video : 1080p@30 kerangka sesaat (fps)










