KHARTOUM 14 Jan.- Presiden Sudan, Omar al-Bashir menegaskan tunjuk perasaan yang berterusan tidak akan membawa kepada pertukaran kerajaan.
Beliau berkata demikian di hadapan ribuan penyokong yang berkumpul di Darfur.
“Demonstrasi tidak akan menukar kerajaan,” katanya.
Polis pada Ahad berjaya menggagalkan demonstrasi anti kerajaan di daerah tersebut.
Tunjuk perasaan seluruh Sudan bermula sejak 19 Disember tahun lalu bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga makanan.-AFP










