KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) mudah meratah Persatuan Hoki Pulau Pinang – Majlid Sukan Sekolah Pulau Pinang (PSHA – MSSPP) 13-0 pada aksi kedua Liga Hoki Wanita Malaysia di Stadium Hoki Batu Burok di sini sebentar tadi.
Pemain import TLHT dan pemain kebangsaan, Fatin Shafika Mohd. Shukri menunjukkan kehebatan dengan masing-masing meledak empat gol.
Jaspreet yang juga flicker dari India, Jaspreet Kaur menghasilkan gol kesemuanya menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-19, 34, 36 dan 41.
Fatin Shafika juga mencipta empat gol yang kesemuanya dihasilkan menerusi jaringan padang pada minit ke-6, 14, dan 20 dan 49.
Gol kedua tuan rumah dijaringkan oleh Siti Noor Amarina Ruhani yang juga pemain kebangsaan menerusi pukul sudut penalti pada minit ke-12.
Norul Ain Abd. Mutalib dan Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail pula menjaringkan gol keenam dan kelapan TLHT yang juga juara berganda 2017 masing-masing pada minit ke-26 dan 35.
Seorang lagi pemain kebangsaan, Nur Syafiqah Mohd. Zain dan import dari India, Man Meet Kaut melengkapkan aksi gemilang tuan rumah dengan gol ke-11 dan 13 yang dihasilkan menerusi jaringan padang pada minit ke-44 dan 59. – K! ONLINE










