DAP perlu mohon maaf selepas ugut, perlekeh Orang Asli - Utusan Malaysia

DAP perlu mohon maaf selepas ugut, perlekeh Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – DAP perlu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu kontroversi berkaitan Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Tok Batin di Cameron Highlands baru-baru ini.

Menurut Naib Presiden MCA, Datuk Sri Ti Lian Ker, timbul persoalan apabila DAP mendakwa Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Syefura Othman mengesahkan tiada ugutan dibuat terhadap Tok Batin.

“Penasihat DAP, Lim Kit Siang ada menyatakan jika benar Bob Manolan membuat ugutan, ia adalah satu kesalahan pilihan raya. Sekarang sudah terbukti ugutan tersebut berlaku dan Naib Presiden PKR, Tian Chua juga telah memohon maaf bagi pihak partinya kepada masyarakat Orang Asli.

“Adakah DAP khususnya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin yang mengesahkan tiada ugutan dibuat akan memohon maaf juga? Adakah Kit Siang dan DAP menipu apabila mendakwa tiada ugutan dibuat” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, kenyataan Bob Monalan menjadi kontroversi selepas Ahli Dewan Negara PKR itu dilaporkan mengugut Tok Batin ketika hadir pada sesi dialog di Pos Betau, Jelai dekat Cameron Highlands.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata, walaupun PKR telah melakukan permohonan maaf atas ugutan yang dilakukan Bob Manolan kepada masyarakat Orang Asli, tetapi calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran masih sombong dan angkuh apabila meremehkan ugutan tersebut.

Katanya, MCA menggesa Manogaran untuk membuat permohonan maaf apabila mengatakan ugutan terhadap Tok Batin adalah perkara kecil (“No big deal”). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×