Sultan Abdullah tinjau raptai pemasyhuran - Utusan Malaysia

Sultan Abdullah tinjau raptai pemasyhuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 14 Jan.- Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menyaksikan raptai istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan beberapa ahli keluarga kelihatan memasuki Balairung Seri kira-kira pukul 4.55 petang iaitu selepas lebih sejam raptai itu berlangsung.

Yang lebih awal berangkat ke Balairung Seri bagi memastikan kelancaran acara berkenaan ialah Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sultan Abdullah meninggalkan Balairung Seri pada pukul 5.40 petang selepas kira-kira 45 minit berada di situ.

Sultan Abdullah diumumkan dilantik sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden bagi menggantikan ayahanda baginda, SppAhmad Shah yang gering berkuat kuasa kelmarin.

Pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui oleh ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.

Istiadat pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada pukul 11 pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN