Singapura bakal perketat undang-undang ambil anak angkat - Utusan Malaysia

Singapura bakal perketat undang-undang ambil anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 14 Jan. – Singapura bakal memperketat undang-undang pengambilan anak angkat selepas seorang gay berjaya memenangi rayuan menjadikan anak kandungnya sebagai anak angkat yang sah tahun lalu.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Desmond Lee berkata, kerajaan tidak tidak menyokong pembentukkan unit keluarga dengan anak dengan ibu bapa homoseksual menerusi proses anak angkat.

“Berhubung keputusan mahkamah itu, kementerian bakal mengkaji dan memperketat undang-undang dan amalan mengambil anak angkat selaras dengan polisi awam,” katanya di sini hari ini.

Gay berkenaan yang mengetahui tidak boleh mengambil anak angkat di Singapura telah membayar $200,000 (RM605,00) kepada seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat.

PAda 2017, mahkamah menolak permohonan seorang lelaki homoseksual menjadikan anak lelakinya sebagai anak angkat secara sah namun mahkamah tinggi pada DIsember lalu, membatalkan keputusan tersebut setelah mengambil kira kebajikan kanak-kanak tersebut. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×