Penemuan mayat dua lelaki warga asing berhubung kait - Utusan Malaysia

Penemuan mayat dua lelaki warga asing berhubung kait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penemuan mayat dua lelaki warga asing di dua lokasi berasingan pagi semalam disahkan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Kedua-dua mayat tersebut masing-masing ditemui di jalan utama Ulu Yam menghala ke Batu Caves, Selangor dan di bawah jejambat di Jalan Yew di sini oleh orang awam sekitar pukul 8 pagi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, siasatan yang dilakukan mendapati kedua-dua mangsa mengenali antara satu sama lain.

“Siasatan yang dilakukan juga mendapati, kedua-dua mangsa mempunyai hubungan sebagai rakan.

“Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan bagi mencari punca kejadian dan suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud sebarang kaitan di antara dua mayat warga asing tersebut.

Kedua-dua mayat berkenaan ditemui di tinggalkan di lokasi berasingan dalam keadaan jari kaki mereka putus dipercayai akibat dipotong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×