PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan mengenai perlantikannya memegang jawatan tersebut yang mempunyai kaitan kroni.
Jelasnya, beliau kini fokus untuk menjadikan Jabatan Imigresen sebagai sebuah agensi penguatkusaan terbaik sejajar visi dan misi kerajaan.
“Saya tidak mahu menjawab soalan berkaitan politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – K! ONLINE










