Kemenangan sulung UniKL - Utusan Malaysia

Kemenangan sulung UniKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membuktikan mereka masih pasukan pilihan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) berikutan tidak berdepan masalah meraih kemenangan, hari ini.

Skuad UniKL menang 2-1 ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali gus mengutip tiga mata pertama selepas dua perlawanan TNB-MHL 2019.

Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj berkata, biarpun barisan pemainnya lambat panas, namun, dia tetap gembira dengan prestasi keseluruhan pasukan.
 “Dalam senarai pemain memang nampak skuad kami sudah lengkap, tetapi aksi kami masih kucar kacir. Bagaimanapun ia sedikitpun tak merisaukan saya,” kata Arul.

Gol UniKL dijaringkan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan Martijin Havenga, manakala gol tunggal UiTM disempurnakan Mohd. Azwar Abd. Rahman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×