Peng Soon-Liu Ying ke final Thailand Masters - Utusan Malaysia

Peng Soon-Liu Ying ke final Thailand Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Pasangan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying semakin menghampiri kejuaraan pertama mereka musim ini selepas melangkah ke aksi final kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 300 Thailand Masters, sebentar tadi.

Pasangan No.1 negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu hanya memerlukan 32 minit untuk mengetepikan cabaran pasangan Hong Kong, Tan Chung Man-Ng Tsz Yau 21-16, 21-15.

Kejayaan itu menyaksikan mereka akan membuat perhitungan dengan pilihan kedua yang juga wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taeratanattachai yang menundukkan rakan senegara, Nipitphon Phuangphuapet-Savitree Amitrapai 21-18, 21-16.

Turut ke final pasangan beregu lelaki No.1 negara yang juga pilihan utama, Goh V Shem Tan Wee Kiong yang mudah mengetepikan Akira Koga-Taichi Saito 21-12, 21-10.

Keputusan itu menyaksikan mereka akan berdepan cabaran pilihan kelima dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang menang ke atas satu lagi pasangan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 17-21, 21-13, 21-11.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×