Tony sindir pengendali KLIA2 - Utusan Malaysia

Tony sindir pengendali KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menyindir pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) yang didakwa tidak menyelenggara bangunan dengan baik sehingga menjadi sarang kepada beberapa binatang berbahaya.

Tony berasa bimbang bina­tang-binatang berbahaya berke­naan membuat sarang di ba­ngunan tersebut dan mengancam keselamatan para penumpang serta kakitangannya.

Beliau turut memu­at naik seke­ping gam­bar mengenai sekumpulan lebah yang membuat ‘sarang’ di sa­­­­tu su­dut ba­­ngunan KLIA2 da­lam akaun Twit­ter.

“Sekarang, kita ada lebah di KLIA2. Kita punyai ulat-ulat, tikus dan terkini lebah. Mungkin ini zoo atau madu KLIA2. Ia boleh menjadi pendapatan baharu bagi mengurangkan cukai lapangan terbang.

“Selain berlawak, hal ini berbahaya untuk para penumpang dan kakitangan saya. Adakah Ketua Pegawai Eksekutif baharu (MAHB) yang tidak berkomunikasi boleh menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Jumaat lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB bagi tempoh tiga tahun.

Disember lalu, MAHB, sebagai pengendali KLIA2, memberi jawapan balas dalam Twitter berhubung aduan penumpang yang menjumpai tikus di lapa­ngan terbang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×