‘Serangan’ Sarawak adalah persiapan hadapi pilihan raya negeri - Utusan Malaysia

‘Serangan’ Sarawak adalah persiapan hadapi pilihan raya negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Jan. – ‘Serangan’ Kerajaan Negeri Sarawak terhadap Kerajaan Pusat berhubung isu pembayaran cukai pelancongan baru-baru ini didakwa sebagai satu persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri, dua tahun lagi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri itu akan berterusan menyerang dalam usaha menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap Kerajaan Pusat.


Menurutnya, Kerajaan Pusat terbuka menerima kritikan daripada pihak-pihak lain termasuk kerajaan-kerajaan negeri tetapi kritikan itu perlulah mengikut fakta dan angka yang tepat.


“Dakwaan Sarawak bahawa kementerian membayar cukai itu kepada Sabah adalah tidak benar malah Sabah sendiri mengakui tidak menerima apa-apa dana cukai pelancongan. Semua negeri pun tidak dapat lagi kerana kita perlu melakukan semakan akhir akaun.


“Apakah Sarawak tidak mahu mengakui kesalahan mereka? Pastinya tidak… Sebaliknya mereka akan serang sahaja untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat Sarawak terhadap Kerajaan Pusat sehingga mereka menggunakan dakwaan palsu untuk capai matlamat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Pondok Berdaftar di sini hari ini.


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew semalam dilaporkan sebagai berkata, negeri itu masih belum menerima 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan.


Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada 4 Januari lalu bahawa Sabah telah menerima cukai pelancongan daripada Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×