Pemilik premis diarah alih barangan - Utusan Malaysia

Pemilik premis diarah alih barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan notis penguatkuasaan kepada pemilik premis besi buruk di Jalan Chan Sow Lin, di sini kerana melonggokkan barang-barang perniagaan di bahu jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan sekiranya gagal mematuhi peraturan itu, pemilik akan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

“Pemilik premis turut diarahkan agar mengalihkan segera barang-barang yang di­letakkan di bahu jalan kerana tindakan itu bukan sahaja me­langgar peraturan malah mengundang risiko bahaya kepada pengguna.

“DBKL memandang serius berhubung permasalahan itu dan akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan perniagaan dijalankan mengikut peraturan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia pada Rabu lalu melaporkan mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis di kawasan itu yang meletakkan barangan perniagaan mereka termasuk dua tong roro di bahu selekoh jalan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×