Kanak-kanak disangka hilang rupanya salah naik bas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak disangka hilang rupanya salah naik bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Mesej tular di aplikasi WhatsApp mengenai kehilangan seorang kanak-kanak perempuan selepas sesi persekolahan terjawab apabila murid tahun satu itu rupa-rupanya salah menaiki bas sekolah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak tersebut, Fudzla Suraya Mohd. Fairul, 7, sepatutnya menaiki bas Milah 1 namun dia tersalah naik bas Milah 2.

“Pemilik bas sekolah yang menyedari perkara itu telah menghubungi pihak sekolah dan ibu bapa Fudzla Suraya serta menghantarnya pulang ke rumah.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai perkara tersebut dan tiada laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp berkenaan kehilangan Fudzla Suraya yang disedari keluarganya kira-kira pukul 6 petang di Putra Height, Subang Jaya, dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×