BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 3 JANUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 3 JANUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang berharap semua ahli politik tidak terus berbalas kenyataan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Ia kerana tindakan itu hanya akan mewujudkan pelbagai andaian dan mungkin juga tuduhan yang boleh mencemarkan institusi diraja.

Isu penggantian Yang di-Pertuan Agong bukanlah perkara yang boleh dibahas atau diperdebatkan, apatah lagi diselitkan dengan kata-kata sindiran oleh ahli politik. Polemik dan isu ini perlu dihentikan segera.

Bagaimanapun dari satu segi kita perlu akui semua spekulasi dan kenyataan itu terjadi kerana pihak-pihak berkenaan membiarkan sahaja khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah supaya Jabatan Peguam Negara menyiasat dan bertindak ke atas isu seumpama itu kerana Yang di-Pertuan Agong adalah satu institusi yang wajib dipertahankan.

Jangan biarkan ia menjadi sasaran individu-individu yang selama ini menanti masa dan peluang sahaja untuk memburuk-burukkan institusi beraja di negara ini. Kelompok seumpama ini tidak harus dibiarkan kerana jika tidak dikawal ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Apapun Awang berharap isu penggantian Yang di-Pertuan Agong tidak terus diperkatakan. Sama ada betul atau tidak, tunggu sahaja Majlis Raja-Raja bersidang. Dari situ pasti kita mendapat jawapan yang pasti.

Awang – Tetap pertahan Raja-Raja Melayu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini